Sunday, January 24, 2010

Perjumpaan 22.1.2010 di Kg. Baru, KL

Alhamdulillah pada 22.1.2010 (Jumaat) satu perjumpaan kengkawan X-tech 85/86 telah diadakan di Chop & Steak Restaurant (The Boat), Kg Baru, K. Lumpur. Seramai lebih 10 org telah dapat berkumpul di sana bermula jam 8.30 mlm.

Diantara yang hadir adalah Amier, Ucup (5M1), Izzudin (5M2), Pudzil, Putri Sharon (5B1), Aziz Yahya, Baharin (5B2), Pie, Zanizan (5B3), Adnan (5P1) dan Zainal (5P2). Maaf ada yang tertinggal ker..??? Mana Ruhaizi...?? Maaf dia tak dapat hadir.. uzur.. ahakssss. Terima kasih kepada Aziz Yahya kerana datang di mana beliau diantara 'orang baru' yang baru dijumpai selepas 24 tahun... Mana Aziz Rahman (5B1)??? Sehingga kini masih dicari...

Secara amnya banyak lagi kenangan2 lama dibincangkan dan masih mencari2 kengkawan yang lain yang lama menghilang terutama di pihak wanita. Tidak ramai yang dapat dihubungi mungkin kerana batasan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai ibu di rumah.

Alhamdulillah sejak akhir2 ini ramai juga kenalan X-tech yang bertaut kembali di alam maya melalui rangkaian 'facebook' (fb) seperti Fazliatun, Kashno, Anizah, Nazmiah, Azlin Amija, Eda Rozita, Sanisah, Tun Azorah dan ramai lagi... Kepada kengkawan yang lain boleh mendaftar di fb untuk menyambung kembali silaturrahim antara kita.

Namun begitu, adalah diharapkan Reunion pada 13 Mac nanti akan dapat mengumpulkan semula seramai mungkin X-tech 85/86 samada yang telah biasa turut serta atau yang baru. Secara amnya semua bersetuju dengan jadual Reunion pada tahun ini dan berharap ianya akan berjaya. Cuma beberapa cadangan pindaan kepada aturcara program yang akan dimaklumkan kemudian dan memohon agar pihak Resort untuk rundingan harga kepada sebutharga yang telah diterima. Harap-harap Reza dapat 'adjust' mana2 yang patut...

Sebagai kenangan, gambar2 yang ada untuk tatapan kengkawan semua. Mohon maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan pd malam hari... Kpd kengkawan yg ada gambar lain sila email kpd admin... terima kasih.

No comments:

Post a Comment