Sunday, December 4, 2011

Perjumpaan Jublee Perak vs Suku Abad

Kepada yang dah lupa...
Barisan hadapan dari kiri : Ederose, Solahuddin, Yunus, Zainal, Pudzil, Rostam, Yusuf, Shahfinaz, Zahuri dan Rafidi.
Barisan tengah dari kiri : Shake, Adnan, Najib, Pagot, Siti Hajar, Mazliza, Cikgu Arpah, Cikgu Faridah, Azlin Amija, Salwa, Shima Nokman, Rosli dan Kamal Azman.
Belakang dari kiri : Azuhri, Zaharuddin, Shamsuddin, Sabri, Pie, Azlan Shah, Zaminuddin, Amier Jamli, Kamarul Baharin, Azmi Ahamad, Yusri, Zairul Annuar dan Zah Murat.


Sebelum keluar aktiviti malam...


Sekalung tahniah kepada komiti perjumpaan Jubli Perak vs Suku Abad pada 19/11/2011 yang lepas. Kesungguhan mereka, Ederose, Shahfinaz, Kamal Azman, Zaharuddin dan lain-lain akhirnya berjaya mengumpulkan hampir 40 bekas pelajar X-Tech 85/86 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Majlis 'hi-tea' tersebut bermula pada jam 3 petang turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas-bekas guru, Cikgu Arpah Ismail dan Cikgu Faridah Mustafa.

Sepanjang majlis, hampir semua yang hadir telah memberikan ucapan terima kasih, komen dan cadangan-cadangan untuk menggerakkan aktiviti kelab pada masa-masa akan datang.

Pada sebelah malam, sebahagian besar peserta telah sempat menziarahi sahabat Azman Ijok yang sedang sakit di rumah beliau di Ipoh. Acara malam telah diakhiri dengan ronda-ronda 'tempat bersejarah' dan kenangan semasa persekolahan di SM Teknik Ipoh dahulu.

Terima kasih kepada semua.

Wednesday, November 9, 2011

REUNION PERDANA 'BATTLE OF THE BATCHES' 2011

KARNIVAL REUNION PERDANA 2011 BERTEMAKAN 'BATTLE OF THE BATCHES' AKAN DIADAKAN PADA 17 & 18 DISEMBER 2011.

PERTANDINGAN ANTARA BATCH-BATCH 1973 HINGGA 2011 AKAN DIADAKAN.

AKTIVITI : SUKANEKA, GOLF, BOWLING, JAMUAN MAKAN MALAM & AGM PERSATUAN ALUMNI SMTI.

PASTIKAN ANDA DAN BATCH ANDA TIDAK KETINGGALAN.

KEHADIRAN BERSAMA KELUARGA DI ALU-ALUKAN. DAFTAR SEGERA.

Maklumat lanjut di : http://www.alumnismti.blogspot.com/

Bagi batch 85/86, sesiapa yang berminat boleh daftar di ruangan komen di sini.

Thursday, November 3, 2011

Bekas2 Pengetua SMTI


Terjumpa gambar ni di FB sdr. Rosli Yaakob... sebagai mengimbas kenangan...

Pengetua kita batch 85/86 ; No. 2 atas, dari kiri : Tn. Hj. Asmawi b. Abd Kadir...

Terima kasih cikgu...

PERJUMPAAN JUBLEE PERAK vs SUKU ABAD X-TECH IPOH 85/86


TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA Jln. Raja Dihilir, IPOH.
TARIKH: 19hb November 2011 (SABTU)
MASA: 3.00pm hingga 7.00pm
BAYARAN: Dewasa RM30.00
Kanak-kanak ( 6 - 12 Tahun) RM18.00 - Bawah 6 tahun PERCUMA
* p/s - Sumbangan melebihi amaun di atas amat dialu-alukan bagi menampung
lain-lain perbelanjaan.

PENGINAPAN (Bagi yg ingin bermalam di SERI MALAYSIA)

1. Bilik Standard single & twin (Bilik Standard)
RM 110.00 bersih sebilik semalam
(termasuk sarapan pagi untuk 2 orang sebilik)
2. Bilik Famili
RM 130.00 bersih semalam
(termasuk sarapan pagi untuk 3 orang sebilik)
3. Tambahan - Sarapan pagi dewasa @ RM 10.00 bersih seorang
Sarapan pagikanak-kanak @ RM 6.00 bersih seorang (5 - 12 tahun)
* p/s - Harga bilik di atas adalah "gov. rate" jika tempahan dibuat oleh urusetia.

KAEDAH PEMBAYARAN DAN PENGESAHAN KEHADIRAN

1. TARIKH AKHIR: 14HB. NOVEMBER 2011 (ISNIN)
2. Bayaran melalui :-
Akaun En. Mohamad Shahfinaz Radzali
Acc No. 558172009796 (MAYBANK)

*p/s - Setelah pembayaran dibuat sila maklumkan kpd En Shafinaz butir2 pembayaran melalui sms ke talian 012-5065107 atau melalui apa2 kaedah yg lain utk pengesahan dan kemaskini maklumat.

ATURCARA MAJLIS

2.30 ptg - 3.00 ptg - Pendaftaran kehadiran
- Bacaan doa
- Ucapan pengerusi
- Ucapan guru / Bekas guru
- Penyampai cenderamata kepada guru / bekas guru
- Bergambar beramai2 bersama guru / bekas guru
- Ucapan dan luahan perasaan ahli-ahli X-TECH 85/86
- Perbincangan dan merangka program2 yg akan dilaksakan pada masa depan.
7.00 ptg - Bersurai

*p/s - Jamuan secara bufet bermula dari 3.00 ptg hingga 7.00 ptg

LAIN -LAIN PERKARA

1. Kepada ahli yg ingin hadir secara berkumpulan digalakkan menggunakan perkhidmatan keretapi ETS. Urusetia akan mengaturkan pengangkutan dari stesyen keretapi Ipoh ke Hotel. Sila maklumkan jadual perjalanan dan bilangan ahli.

2. Pihak urusetia telah mengaturkan acara tdk rasmi pada mlm tersebut bagi mengimbau kembali kenangan2 lalu.

3. Urusetia amat mengalukan sumbangan idea dan cadangan dari ahli bagi menambahbaik dan menjadikan perjumpaan ini lebih bermakna.
Syabas rakan-rakan Urusetia di Ipoh... moga Allah memberkati usaha-usaha kalian... Jom ramai-ramai kita raikan bersama....

Jumpa di sana..........

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Sudah lama tak berposting... Maaflah Admin sibuk dengan urusan negara...

"Selamat Tahun Baru 2011" kepada semua member X-TECH 85/86... moga mendapat rezeki dan rahmat yang berterusan dari Allah S.W.T....