Friday, September 6, 2013

Reunion 2013

Assalamualaikum WBTH & Salam Aidil Fitri kenkawan semua. 

Atas persetujuan AJK bertindak, satu perjumpaan utk X-Tech 85/86 telah diatur pd 21 Sept 2013 (9.00am - 5.00pm), bertempat di Chalet Celi Kemensah Ulu Kelang (Belakang Zoo Negara).

Rakan2 yg berkesempatan telah pun melawat kawasan tersebut dan membuat rundingan awal utk perjumpaan tersebut. Kos minimum RM80.00 shj samada seorang @ family (flat rate). Mungkin ada merasakan agak tinggi tetapi sekiranya diukur dengan nilai persahabatan dan ukhwah sesama kita yang tiada ternilai, dikira masih rendah dan berpatutan.


Sebenarnya pembayaran yang dibayar adalah untuk menanggung kos-kos berikut:-
1. Privacy - kita booking keseluruhan kawasan untuk group kita sahaja. Bermakna kawasan serta chalet adalah kegunaan kita sahaja.
2. Menu Utama - Kambing golek (banyak sumbangan, kita tambah sekor lagi)
3. Makan tengahari (sekiranya sambutan mengalakkan, sarapan/minum pagi mungkin disediakan.

Bayaran penyertaan @ SUMBANGAN IKHLAS AMAT DIALU2 KAN melalui A/C May Bank = 16-22099-2051-9 (Shima). Jgn lupa msg nama & detail bayaran ke Shima di 012-632 8890.
Jom join seramai mungkin utk mengeratkan tali persaudaraan sesama kita, insyaAllah kita akan buat pengisian sebaik mungkin...

Jasa baik anda semua diperlukan agar dapat memberi maklumbalas selewatnya 1 September 2013

Sunday, December 4, 2011

Perjumpaan Jublee Perak vs Suku Abad

Kepada yang dah lupa...
Barisan hadapan dari kiri : Ederose, Solahuddin, Yunus, Zainal, Pudzil, Rostam, Yusuf, Shahfinaz, Zahuri dan Rafidi.
Barisan tengah dari kiri : Shake, Adnan, Najib, Pagot, Siti Hajar, Mazliza, Cikgu Arpah, Cikgu Faridah, Azlin Amija, Salwa, Shima Nokman, Rosli dan Kamal Azman.
Belakang dari kiri : Azuhri, Zaharuddin, Shamsuddin, Sabri, Pie, Azlan Shah, Zaminuddin, Amier Jamli, Kamarul Baharin, Azmi Ahamad, Yusri, Zairul Annuar dan Zah Murat.


Sebelum keluar aktiviti malam...


Sekalung tahniah kepada komiti perjumpaan Jubli Perak vs Suku Abad pada 19/11/2011 yang lepas. Kesungguhan mereka, Ederose, Shahfinaz, Kamal Azman, Zaharuddin dan lain-lain akhirnya berjaya mengumpulkan hampir 40 bekas pelajar X-Tech 85/86 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Majlis 'hi-tea' tersebut bermula pada jam 3 petang turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas-bekas guru, Cikgu Arpah Ismail dan Cikgu Faridah Mustafa.

Sepanjang majlis, hampir semua yang hadir telah memberikan ucapan terima kasih, komen dan cadangan-cadangan untuk menggerakkan aktiviti kelab pada masa-masa akan datang.

Pada sebelah malam, sebahagian besar peserta telah sempat menziarahi sahabat Azman Ijok yang sedang sakit di rumah beliau di Ipoh. Acara malam telah diakhiri dengan ronda-ronda 'tempat bersejarah' dan kenangan semasa persekolahan di SM Teknik Ipoh dahulu.

Terima kasih kepada semua.

Wednesday, November 9, 2011

REUNION PERDANA 'BATTLE OF THE BATCHES' 2011

KARNIVAL REUNION PERDANA 2011 BERTEMAKAN 'BATTLE OF THE BATCHES' AKAN DIADAKAN PADA 17 & 18 DISEMBER 2011.

PERTANDINGAN ANTARA BATCH-BATCH 1973 HINGGA 2011 AKAN DIADAKAN.

AKTIVITI : SUKANEKA, GOLF, BOWLING, JAMUAN MAKAN MALAM & AGM PERSATUAN ALUMNI SMTI.

PASTIKAN ANDA DAN BATCH ANDA TIDAK KETINGGALAN.

KEHADIRAN BERSAMA KELUARGA DI ALU-ALUKAN. DAFTAR SEGERA.

Maklumat lanjut di : http://www.alumnismti.blogspot.com/

Bagi batch 85/86, sesiapa yang berminat boleh daftar di ruangan komen di sini.

Thursday, November 3, 2011

Bekas2 Pengetua SMTI


Terjumpa gambar ni di FB sdr. Rosli Yaakob... sebagai mengimbas kenangan...

Pengetua kita batch 85/86 ; No. 2 atas, dari kiri : Tn. Hj. Asmawi b. Abd Kadir...

Terima kasih cikgu...

PERJUMPAAN JUBLEE PERAK vs SUKU ABAD X-TECH IPOH 85/86


TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA Jln. Raja Dihilir, IPOH.
TARIKH: 19hb November 2011 (SABTU)
MASA: 3.00pm hingga 7.00pm
BAYARAN: Dewasa RM30.00
Kanak-kanak ( 6 - 12 Tahun) RM18.00 - Bawah 6 tahun PERCUMA
* p/s - Sumbangan melebihi amaun di atas amat dialu-alukan bagi menampung
lain-lain perbelanjaan.

PENGINAPAN (Bagi yg ingin bermalam di SERI MALAYSIA)

1. Bilik Standard single & twin (Bilik Standard)
RM 110.00 bersih sebilik semalam
(termasuk sarapan pagi untuk 2 orang sebilik)
2. Bilik Famili
RM 130.00 bersih semalam
(termasuk sarapan pagi untuk 3 orang sebilik)
3. Tambahan - Sarapan pagi dewasa @ RM 10.00 bersih seorang
Sarapan pagikanak-kanak @ RM 6.00 bersih seorang (5 - 12 tahun)
* p/s - Harga bilik di atas adalah "gov. rate" jika tempahan dibuat oleh urusetia.

KAEDAH PEMBAYARAN DAN PENGESAHAN KEHADIRAN

1. TARIKH AKHIR: 14HB. NOVEMBER 2011 (ISNIN)
2. Bayaran melalui :-
Akaun En. Mohamad Shahfinaz Radzali
Acc No. 558172009796 (MAYBANK)

*p/s - Setelah pembayaran dibuat sila maklumkan kpd En Shafinaz butir2 pembayaran melalui sms ke talian 012-5065107 atau melalui apa2 kaedah yg lain utk pengesahan dan kemaskini maklumat.

ATURCARA MAJLIS

2.30 ptg - 3.00 ptg - Pendaftaran kehadiran
- Bacaan doa
- Ucapan pengerusi
- Ucapan guru / Bekas guru
- Penyampai cenderamata kepada guru / bekas guru
- Bergambar beramai2 bersama guru / bekas guru
- Ucapan dan luahan perasaan ahli-ahli X-TECH 85/86
- Perbincangan dan merangka program2 yg akan dilaksakan pada masa depan.
7.00 ptg - Bersurai

*p/s - Jamuan secara bufet bermula dari 3.00 ptg hingga 7.00 ptg

LAIN -LAIN PERKARA

1. Kepada ahli yg ingin hadir secara berkumpulan digalakkan menggunakan perkhidmatan keretapi ETS. Urusetia akan mengaturkan pengangkutan dari stesyen keretapi Ipoh ke Hotel. Sila maklumkan jadual perjalanan dan bilangan ahli.

2. Pihak urusetia telah mengaturkan acara tdk rasmi pada mlm tersebut bagi mengimbau kembali kenangan2 lalu.

3. Urusetia amat mengalukan sumbangan idea dan cadangan dari ahli bagi menambahbaik dan menjadikan perjumpaan ini lebih bermakna.
Syabas rakan-rakan Urusetia di Ipoh... moga Allah memberkati usaha-usaha kalian... Jom ramai-ramai kita raikan bersama....

Jumpa di sana..........

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Sudah lama tak berposting... Maaflah Admin sibuk dengan urusan negara...

"Selamat Tahun Baru 2011" kepada semua member X-TECH 85/86... moga mendapat rezeki dan rahmat yang berterusan dari Allah S.W.T....

Thursday, September 16, 2010

Perjumpaan Raya 2010




Alhamdulillah... segala puji hanya bagi Allah di mana dengan izin-Nya majlis Perjumpaan Raya 2010 telah berjalan dengan sempurna dan lancar.

Majlis reunion yang buat julung kalinya diadakan kembali ke Sekolah Menengah Teknik Ipoh telah diadakan pada 12 September 2010 (Hari Raya ke-3) di dewan sekolah SMTI. Jumlah peserta yang hadir lebih 150 orang di mana seramai 35 bekas pelajar sesi 85/86 telah berkumpul bersama-sama keluarga masing-masing bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran bekas guru-guru iaitu Cikgu Hashimah Hasan dan Cikgu Arpah Ismail bersama keluarga. Terima kasih cikgu kerana sudi hadir.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr. Shamsuddin Mahmood yang turut mensedekahkan Al'Fatihah kepada bekas guru-guru dan pelajar yang telah meninggal dunia... Guru-guru Cikgu Hasbullah dan Cikgu Aminuddin Hariri. Bekas-bekas pelajar yang telah mendahului.. Zahidi Osman (5B2), Mohd Harris Zahid (5B1), Abd Aziz Rahman (5B1), Bob (5M2) dan Azmi Kadir (5B3... berita masih belum disahkan). Al'Fatihah...

Disamping menikmati juadah makan tengahari dan juadah raya, majlis telah isi dengan ucapan-ucapan bekas guru yang hadir, pengerusi program (Sdr. Pudzil Mohd Daud) dan beberapa bekas pelajar. Sebanyak 15 cabutan bertuah juga telah diadakan dan penyampaian duit raya kepada anak-anak oleh Sdr. Ahmad Ruhaizi Hamid. Majlis telah diacarakan oleh Sdr. Johari Alias dan Puteri Sharron Aldila.

Objektif perjumpaan untuk mengukuhkan ukhwah dan persaudaraan sesama bekas pelajar dan guru-guru, di samping dapat membuat sedikit sumbangan kewangan kepada pihak sekolah. Jumlah sumbangan kewangan kepada sekolah termasuk sewaan dewan adalah sebanyak RM830. Sejumlah 50 naskah surah Yassin juga telah dihadiahkan kepada surau sekolah SMTI dari X-Tech 85/86.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, AJK program (Pudzil, Amiruddin Jamli, Ahmad Ruhaizi, Mohd Yusuf Aziz, Puteri Sharron, Johari Alias, Kamal Azman dan Yunus Harun) dan semua bekas pelajar yang telah hadir bersama keluarga masing-masing dan semua yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini.

Gambar-gambar yang lain boleh lawati laman facebook X-TECH 85/86 di sini.

Saturday, September 4, 2010

Peserta Reunion Raya 2010


Tarikh : 12 September 2010 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash.

Pakaian : BAJU MELAYU & PAKAIAN RAYA

Adalah diingatkan kepada semua... sila hadir sebelum jam 11.00 pagi.

Sehingga tarikh ini, peserta yang telah mengesahkan kehadiran/bayaran untuk Perjumpaan Raya 2010 adalah seperti berikut :-

.............................................................Dewasa...Kanak2 (5-12thn)


5B1

1 PUTRI SHARRON ALDILA 2 3
2 PUDZIL MUHAMMAD DAUD 3 2
3 SYED AHMAD SHUKRI 1 0
4 MAS I'NIAH AHMAD NORDIN 4 1


5B2

1 AHMAD RUHAIZI HAMID 3 3
2 MOHD REZA ABD RASHID 2 3
3 SHUHAIMI MAJID 3 2
4 NAZMIAH MOHD SOHUMI 0 0
5 WAN HAIDAR WAN CHIK 0 0


5B3

1 ZANIZAN ZAKARIA 2 3
2 SAHA YUNUS 3 0
3 MOHD FAUZI TAHIR 3 1
4 KHAIRUL YUSHAINI 1 0
5 MOHD SHAHFINAZ RADZALI 1 0
6 MD NISWANDI PANJOL 0
0
7 AZMI AHAMAD 2 0
8 HARUN RAMLI 2 3


5M1

1 MOHD YUSUF AZIZ 4 1
2 AMIRUDDIN JAMLI 3 2
3 ROSLI YAACOB 2 2
4 MOHD NAZRI ISMAIL 2 5


5M2

1 JOHARI ALIAS 2 1
2 MOHD YUNUS HARUN 2 0
3 ZAMINUDDIN ZAINAL ABIDIN 3 1


5M3

1 RAFIDI KAMARUDDIN 2 3
2 KAMAL AZMAN ISMAIL 1 0
3 MOHAMAD ABD MANAP 3 2
4 SHAMSUDDIN MAHMOOD 1 0
5 FARID ABD RAHMAN 1 0
6 SANISAH HJ. RAMLI 0 0
7 AZLAN ISMAIL 2 2


5P1

1 - tiada lagi -


2




5P2

1 ASHAARI OTHMAN 2 5
2 ABD KHALIM YAHAYA 5 1


Wednesday, June 9, 2010

Bayaran Reunion Raya 2010

Perjumpaan Raya 2010... Mesyuarat J/kuasa kecil program yang bersidang pada 6 Jun 2010 ; 6.00 petang di Restoran Jejantas, Sg Buloh membuat ketetapan berikut :-

Ahli J/kuasa Kerja
Pengerusi : Pudzil Mohd Daud
Timb. Pengerusi : Ameir Jamli
Setiausaha : Ruhaizi Abd Hamid
Bendahari : Puteri Sharron

Dewan & Siaraya : Kamal Azman
Makanan & minuman : Yunus Harun
Door gift & lucky draw : Yusuf Aziz
Promosi : Ruhaizi Abdul Hamid
Juruacara : Johari Alias & Puteri Sharon


Gambar Hiasan

BAYARAN..????
1. Yuran Penyertaan ;
Dewasa (> 12 thn) = RM25
Kanak2 (5-12 thn) = RM10
Kanak2 (< 5 thn) = percuma

2. Sumbangan untuk program Raya 2010 adalah sangat2 dialukan untuk
menampung perbelanjaan dan cabutan bertuah... (kepada yg hadir atau
tidak dapat hadir)...

3. Sumbangan untuk Tabung PIBG sekolah
(akan diserahkan kepada Pengetua Sekolah semasa program Raya nanti).
Kepada yang hadir atau tidak hadir digalakkan untuk beramal. Kutipan
juga akan dibuat semasa perjumpaan nanti...

Segala bayaran, sila bank-in kepada akaun berikut :-
Bank : CIMB BANK
No. Akaun : 14410079567527
Nama : PUTERI SHARRON ALDILA ABDUL SHUKOR
Tel : 010-221 2217 (Sila sms selepas buat bayaran & simpan resit)

Sila buat bayaran segera...

Monday, April 12, 2010

Perjumpaan Raya 2010



Jemputan kepada semua bekas pelajar X-Tech 85/86 perjumpaan Raya 2010 seperti berikut :-

Tarikh : 12 September 2010 (Ahad - Raya ke-3)
Masa : 11pg - 6 petang
Tempat : Dewan SM Teknik Ipoh...
Bayaran : RM25 dewasa, RM10 kanak2 (5-12 thn)
Anggaran awal sahaja (sewa dewan, makanan, kerusi-meja, PA sistem, dll)...

Datang beramai-ramai..ajak kwn2..

Minta Sdr Amier, Ucup, Ruhaizi dll komiti utk hebahan peserta2. Bayaran masuk duit kat acct kome la... Sila bayar deposit awal ke sekolah. Takut2 kump lain plak masuk awal.

Komiti di Ipoh (Yunus Harun, Man, dll) utk berbincang dgn pihak sekolah secepat mungkin untuk menu makanan dsb. Aku duk jauh maaf xdpt ke sana... Sila berhubung dgn Kak Pah 05-5477405.

Klu ada pkembangan sila bgtau kami.. Semoga dpt berjumpa semua di sana...

Salam,
Pudzil