Saturday, June 27, 2009

Mandi

Kiriman : M.Fauzi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :-

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
: sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pesanan:-

Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara :-

1) anak yg soleh yg
mendoakan kedua ibu bapanya
2) sedekah amal jariah
3) ilmu yg bermanfaat

Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dengan amal mulia kita ini, InsyaAllah...
Salam...

Friday, June 26, 2009

Sila hantar gambar2 famili terkini

Admin masih menunggu gambar2 terkini famili kengkawan semua untuk dipaparkan di dalam blog ini. Jangan malu jangan segan... untuk kkawan semua yang mungkin dah lebih 20 tahun tak jumpa.. kkwan semua nak tengok wajah terbaru semua... Samada kkawan di seberang laut atau di dalam negara, admin mohon sudi kiranya hantar kepada blog ini untuk kenalan semua...

Sila hantar melalui email dengan segera kepada :

xtech8586@gmail.com

Admin akan mula masukkan gambar2 selepas menerima 4-5 gambar famili tuan2 dan puan2 sekalian. Harap mendapat sambutan semua. Barulah boleh btambah meriah blog ni...

Kalau dibenarkan, admin mohon copy gambar kkawan yang ada di dalam facebook atau friendster..jika diizinkan. Sila respon...

Salam...

Anak2 di Terengganu dah mula dapat laptop

Oleh : Pudzil, Paka, Terengganu.

Zaman dah berubah... kini sampai putaran cara belajar anak-anak kita... dulu-dulu sekolah rendah kita pakai buku teks yang dah nak hancor je... tapi kini (selepas lebih 30 tahun), anak-anak dah mula pakai laptop e-book di kelas dan di rumah...

Bertuah juga hijrah ke Terengganu ni... Pada 25 Jun 2009 (Khamis), bertempat di Dewan SMK Paka, majlis penyerahan laptop e-book telah diadakan untuk semua pelajar Tahun 5 di kawasan DUN Paka, Dungun. Penyerahan telah dilaksanakan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Said kepada setiap pelajar Tahun 5 dari 15 buah sekolah kebangsaan iaitu melibatkan seramai 1,444 orang murid.

Penyerahan e-book berikutnya akan dibuat secara berperingkat selepas ini kepada pelajar-pelajar Tahun 4, 3 dan seterusnya semua pelajar di Terengganu.

Anak saya, Aisyah Syahidah (Angah) juga telah turut sama bersalaman dengan YAB Menteri Besar untuk menerima e-book tersebut. E-book yang seberat 1.1kg dan berharga lebih RM1,000 seunit itu akan menggantikan buku teks dan akan dapat meringankan beban pelajar membimbit, mengalas atau mengheret beg ke sekolah.

E-book tersebut lengkap dengan sistem pembelajaran sepertimana buku teks mengikut silibus semasa, 30 juzu' al-Qur'an dengan terjemahan, pelajaran solat termasuk solat jenazah, adab berwuduk, doa-doa, dan sebagainya. Fungsi e-book juga adalah sepertimana laptop biasa iaitu lengkap dengan jaringan internet dengan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office word, excel, power point, dan sebagainya.

Adalah diharapkan dengan penggunaan e-book ini akan mempertingkatkan lagi kemajuan pendidikan anak-anak selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) masakini. Semoga sistem e-book ini akan diperkenalkan pula kepada negeri-negeri yang lain dalam waktu terdekat.

Namun begitu, beberapa persoalan dan pertimbangan ibu-bapa seperti penjagaan e-book tersebut yang terdedah dengan kecurian, kerosakan, virus komputer, jaringan internet yang tidak terkawal kepada anak-anak, bateri tak cukup kat kelas, cikgu-cikgu tak cukup terlatih, dan pelbagai masalah yang pasti akan timbul kemudian...

Salam...




Anak kecik yang terlebih excited...

Thursday, June 18, 2009

Giliran Anak-anak Kita ke Asrama

Emak dan bapak sudah tentu mempunyai pengalaman tersendiri semasa masuk dan duduk di asrama. Pejam celik... dah tiba masanya anak-anak kita pula menjejaki pengalaman yang sama ke asrama.

Sudah pasti ramai di antara anak-anak kita yang telah menjejakkan kaki ke sana. Tidak kira asrama sekolah mana.. emak-bapak telah membekalkan pelbagai kata nasihat supaya anak-anak tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Peringkat awal mungkin menjadi kejutan budaya kepada anak-anak, maklumlah sebelum ini di rumah, segala kelengkapan makan minum, pakaian, sekolah dan sebagainya dibereskan oleh ibubapa. Tambahan dengan hiburan tv, astro, internet, handset dan pelbagai kemewahan lain... Tapi sekarang semua anak-anak perlu berdikari dan tiada lagi hiburan2 di asrama...

Semoga semua anak kita berjaya. Setiap kejayaan perlu dimulakan dengan pengorbanan...


Gambar semasa anak-anak mendaftar ke asrama SM Sains Bagan Datoh pada 15 Jun 2009 di dalam Tingkatan 1. Di dalam gambar, 2 dari kanan : Anissah Farhani (anak Amiruddin Jamli), dan 2 dari kiri : Aina Safiyyah (anak Pudzil).

Jika ada anak-anak yang lain di asrama, bolehlah hantar gambar ke xtech8586@gmail.com untuk dipaparkan di sini. Kalau ada yang terlanggar bahu.. tapi tak kenal anak-anak kengkawan sendiri. Takut-takut juga anak-anak kita yg senior 'ter-ragging' anak-anak yang freshie...

Salam.