Friday, May 29, 2009

Makan malam bersama 'bekas' MB Perak


31 Mei 2008, sudah genap setahun Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama 'bekas' MB Perak, YAB Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah diadakan di Dewan Besar, SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh.

Walaupun 'bekas', tetapi sudah terpahat di dalam sejarah bahawa warga SMTI juga mampu melahirkan nama-nama besar di dalam negara. Ir. Nizar adalah bekas pelajar SMTI tahun 1973/74. Begitu juga di dalam barisan Exco Perak yang baru, terdapat juga seorang bekas pelajar SMTI, YB Zainol Padzi Paharudin (ADUN Sg Manik).

Itu isu politik, biar mereka menyelesaikannya. Kita sebagai rakyat mengharap yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat Perak.

Kesempatan mereka yang hadir dapat bertemu dengan cikgu-cikgu yang turut hadir. Sudah pasti peluang tidak dilepaskan untuk beramah mesra dan memohon maaf di atas kesilapan2 yang lalu dari cikgu-cikgu. Mungkin masih kenal dengan wajah-wajah di bawah. Cuba teka siapa...?

Kalau ada yang dah tak kenal, dari atas Ust. Husny, Mr. Yip, Pn. Nor Azizan (masih cantik ayu) dan bawah sekali siapa tak kenal, Mr. Ho... Ucup dah sempat ler mohon maaf bagi pihak semua pelajar pada Ust. Husny. Apa Ust. Husny cakap Cup??? Dia maafkan ker...??? Terserlah Ucup sebagai seorang yang penuh berbudi bahasa pada masa itu. Ahaks... Bagi sapa2 yang ada dosa peribadi dengan beliau tu cepat2 cari sampai jumpa...

Untuk tatapan member2 yang pergi hari tu dan lain2 juga... Amier, Ucup, Rosli kiut, Sudin, Pudzil, Man Titot, Yunus Harun, Pagot, Puteri Sharron, Pie dan si penarek beca Sdr Nik Parit, di sini sebahagian gambar2 yang disumbang oleh Rosli untuk kenangan...

Selepas habis majlis, deme ke satu restoran di Padang Polo chatting2 sampai pukul 3 pagi. Ada juga yang bermalam di Ipoh sebelum balik ke destinasi masing-masing.

Jumpa lagi...

Wednesday, May 27, 2009

Apa dah jadi yob...?

Motor pelajar Sekolah Teknik ranap terbakar

27 Mei, 2009, Ipoh : Berlaku awal pagi tadi lebih kurang pukul 8.00 tadi satu kebakaran yang meranapkan sama sekali 47 buah motor pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik di Lebuh Kator, Ipoh.

Kejadian tersebut mungkin perbuatan khianat kerana api marak begitu cepat hingga tidak ada sebarang motor yang ditempatkan di tempat letak motor tersebut dapat diselamatkan. Pihak bomba sedang menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

- Ehwal Perak

50 motosikal milik pelajar SM Teknik Ipoh musnah terbakar

IPOH: Sebanyak 50 buah motosikal milik pelajar Sekolah Menengah Teknik Ipoh musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Polis tidak menolak kemungkinan itu mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika pelajar sedang memulakan pembelajaran.

"Kemungkinan ada unsur jenayah, bagaimanapun kejadian masih dalam siasatan," katanya. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, bahagian yang terbakar adalah garaj yang menempatkan motosikal para pelajar.

Punca kebakaran masih belum diketahui, katanya.

- Bernama

Tuesday, May 26, 2009

Alfatihah kepada yang telah pergi...

Alfatihah...

Kepada allahyarham sahabat2 kita yang telah pergi kerahmatullah... Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman dan beramal soleh... Amin...

1. Zahidi Osman (5B2).. sekitar tahun 1990an...
2. Mohd Harris Zahid (5B1).. sekitar tahun 2005...

Zahidi Osman (5B2)

Mohd Harris (5B1)

Monday, May 25, 2009

Gambor Kelas

Kepada semua yang mungkin dah hilang album lama, di sini dibuka semula kenangan lalu.. gambor2 tiap kelas. Tengok kat bawah dan sebelah kanan sana.. semua kelas ada. Kalau ada tercicior, kabor kat teman. Ramai juga yang dah lupa muka dan nama.. di sini boleh tengok balik.

Gambor cikgu2 pun ada.. nun kat bawah sekali. Kut2 sapa nak mintak maap kat cikgu tapi dah lupa nama, tengok le balik.. ada masa lagi nak mintak maap. Kome tu banyak dosa dgn cikgu2 tu.. Tak tlambat ucap le Selamat Hari Guru...

Teman tau, kome tu semua dah tue... kalo tak nampak, klik gambor tu bagi jadi besor...

Tapi, perlu diingat gambor ni lebih 20 tahun dulu.. kalau jumpa kat mana-mana, terlanggor bahu kat pasor malam ke.. gambor2 ni confirm dah tak serupe sekarang.. lu pikir la sendiri...

Sapa2 nak bagi komen tu.. klik dan tulih kat ruang 'comments' bawah post ni.. tolong bagi nama sapa yg hantor ok! Klik 'select profile' ~ 'name/URL' ~ tulis nama cukup le, klu ada blog sendiri/URL boleh masuk kan jg... ~ lepaih tu klik 'Post comment'.. Tolong jgn tinggalkan nama "Anonymous"... susah nak cari tuannya...

Komen2 tu bagi la yg membina. Jgn le yg bukan2, kome tu dah bapak budak dah.. jgn lucah2 ke, jgn mcarut ke.. isu2 politik pun tak payah masuk sini le.. dah penin memikior nyer..

Salam...

Sunday, May 24, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kepada seisi keluarga X-Tech 85/86, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama di alam maya ini... Tahun 2009 ini telah meninggalkan kenangan 23 tahun yang lalu di SMTI ketika usia kita kini telah mencecah 40 tahun...

Sudi kiranya kepada semua yang mempunyai kenangan-kenangan lalu untuk menghulurkan foto-foto lama dan baru bagi dimuatkan di dalam blog ini. Pelbagai foto boleh dimuatkan di sini seperti kenangan tahun 85/86, foto-foto semasa reunion dan aktiviti-aktiviti X-Tech sehingga yang terkini dan sebagainya.

Diantara foto-foto aktiviti yang dicari :-

1. Reunion Hari Raya di Hotel Singgahsana, P. Jaya - 1998
2. Reunion di Palm Springs, Port Dickson - 2001
3. Reunion Teluk Rubiah, Lumut - 2003
4. Jalan2 cari kawan (JJCK) KL-Ipoh-Taiping-Sg Petani - 2005
5. Perjumpaan Hari Raya di Seri Melayu, KL - 2005
6. Reunion Cameron Highlands - 2006
7. Makan malam bersama MB Perak di SMTI - 2008
8. Perjumpaan2 berbuka puasa, dll

Sebarang artikel dan komen-komen membina juga amat diharapkan. Semua foto dan komen-komen boleh dihantar melalui email : xtech8586@gmail.com.

Kepada sesiapa yang mempunyai blog dan laman web sendiri juga boleh dimaklumkan di sini untuk tatapan kawan-kawan yang lain.

Gambar di atas gambar hiasan iaitu sebahagian aktiviti reunion tahun 2007 di Cameron Highland.

Terima kasih di atas perhatian semua.

Sejarah SMTI

SMTI telah wujud sejak tahun 1973. Pada asalnya sekolah ini sudah dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Ipoh (SMTI) sehingga tahun 1996, di mana pada tahun tersebut, Sekolah Menengah Vokasional Ipoh (SMVI) telah dinaik taraf kepada Sekolah Teknik, maka SMVI ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator (SMTLC) dan SMTI ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash.

Sekolah Menengah Teknik Ipoh telah siap dibina pada tahun 1972 di atas sebidang tanah seluas 25.35 ekar dengan belanja RM1.4 juta dan urusan pentadbirannya bermula 8hb Januari 1973. Pengajaran di sekolah ini bermula pada 17 April 1973 dengan 11 orang guru dan 198 orang murid yang datang dari seluruh Perak.

Serentak dengan itu juga kemudahan asrama juga disediakan untuk 160 orang murid dari luar Ipoh serta 3 buah makmal sains, 2 buah bengkel, sebuah perpustakaan, sebuah padang bola sepak dan sebuah padang hoki. Pada tahun 1980 satu blok bangunan dua tingkat dibina beserta dengan pembinaan dua buah rumah waden.

Pembukaan rasmi sekolah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada tahun 1975.

Pada tahun 1977 berlaku perubahan bahasa pengantar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Pada tahun 1980 semua kursus dijalankan dalam Bahasa Malaysia, menepati kehendak Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Pada masa sekarang terdapat 6 blok bilik darjah termasuk bilik guru, pusat sumber sekolah,bilik komputer, makmal sains, bilik pengetua, bilik penolong kanan dan pejabat. Selain itu ada dua blok bengkel kejuruteraan, surau, dewan besar, kantin dan 5 blok asrama lelaki dan perempuan yang boleh menampong seramai 500 orang penghuni.