Thursday, September 16, 2010

Perjumpaan Raya 2010




Alhamdulillah... segala puji hanya bagi Allah di mana dengan izin-Nya majlis Perjumpaan Raya 2010 telah berjalan dengan sempurna dan lancar.

Majlis reunion yang buat julung kalinya diadakan kembali ke Sekolah Menengah Teknik Ipoh telah diadakan pada 12 September 2010 (Hari Raya ke-3) di dewan sekolah SMTI. Jumlah peserta yang hadir lebih 150 orang di mana seramai 35 bekas pelajar sesi 85/86 telah berkumpul bersama-sama keluarga masing-masing bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran bekas guru-guru iaitu Cikgu Hashimah Hasan dan Cikgu Arpah Ismail bersama keluarga. Terima kasih cikgu kerana sudi hadir.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr. Shamsuddin Mahmood yang turut mensedekahkan Al'Fatihah kepada bekas guru-guru dan pelajar yang telah meninggal dunia... Guru-guru Cikgu Hasbullah dan Cikgu Aminuddin Hariri. Bekas-bekas pelajar yang telah mendahului.. Zahidi Osman (5B2), Mohd Harris Zahid (5B1), Abd Aziz Rahman (5B1), Bob (5M2) dan Azmi Kadir (5B3... berita masih belum disahkan). Al'Fatihah...

Disamping menikmati juadah makan tengahari dan juadah raya, majlis telah isi dengan ucapan-ucapan bekas guru yang hadir, pengerusi program (Sdr. Pudzil Mohd Daud) dan beberapa bekas pelajar. Sebanyak 15 cabutan bertuah juga telah diadakan dan penyampaian duit raya kepada anak-anak oleh Sdr. Ahmad Ruhaizi Hamid. Majlis telah diacarakan oleh Sdr. Johari Alias dan Puteri Sharron Aldila.

Objektif perjumpaan untuk mengukuhkan ukhwah dan persaudaraan sesama bekas pelajar dan guru-guru, di samping dapat membuat sedikit sumbangan kewangan kepada pihak sekolah. Jumlah sumbangan kewangan kepada sekolah termasuk sewaan dewan adalah sebanyak RM830. Sejumlah 50 naskah surah Yassin juga telah dihadiahkan kepada surau sekolah SMTI dari X-Tech 85/86.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, AJK program (Pudzil, Amiruddin Jamli, Ahmad Ruhaizi, Mohd Yusuf Aziz, Puteri Sharron, Johari Alias, Kamal Azman dan Yunus Harun) dan semua bekas pelajar yang telah hadir bersama keluarga masing-masing dan semua yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini.

Gambar-gambar yang lain boleh lawati laman facebook X-TECH 85/86 di sini.

No comments:

Post a Comment