Saturday, January 16, 2010

Perjumpaan 16/1/2010

Alhamdulillah..walaupun tidak ramai tetapi perjumpaan pada 16/1/2010 di De Rhu Beach Resort sangat bermakna. Bagi penulis sendiri baru berjumpa Sdr Reza sesudah 24 tahun. Memang ko tersangat sihat. Terima kasih dengan perjumpaan ini.

Persidangan
Saya, Reza dan Left. Kol. Zaminuddin

Famili yang turut sama hadir

Saya (Pudzil), Reza dan Left. Kol. Zaminuddin dapat berjumpa untuk membuka persiapan Reunion/Reunited 2010 yang dijadualkan pada 13-15 Mac 2010 di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan. Diantara persetujuan awal dan sebahagian tentative programme yang dicadangkan seperti berikut :-

1. Kos Peserta
- penginapan 1 bilik = RM160 1famili/semalam
- makan dewasa = RM65 seorang/malam
- kanak2 (5-12 thn) = RM45 seorang/malam
- t'shirt* (round collar) = RM15 seorang (dewasa saiz 3XL, 2XL, XL, L, M, S & kanak2 : XS, 32, 30, 28)
- surcharge** akan dikenakan RM20/1famili untuk hadiah2 aktiviti telematch, colouring, banner dll. (bergantung kpd jumlah penyertaan)
- sebarang perubahan kos akan dimaklumkan dari masa ke semasa

* - kepada yg berminat sahaja
** - tertakluk kpd penyertaan

2. Tempoh Penginapan
- pilihan kepada peserta samada ingin menginap 3H2M atau 2H1M.. tiada paksaan
- bayaran untuk 3H2M = 2x dari kos perkara 1 di atas

3. Tentative Programme
13 Mac 2010 :
- 2 ptg : check-in
- 5 ptg : mewarna kanak2
- 8 mlm : makan malam BBQ
- santai malam bersama Zamin Live Band
- suaikenal peserta2
- penyampaian hadiah
- cabutan bertuah
- sembang sampai pagi

14 Mac 2010 :
- 7 pg : jogging & senamrobik
- 8 pg : sarapan
- 9 pg : sesi bergambar
- telematch
dewasa & kanak2
- 12 thari : makan tengahari
- 1 ptg - check-out bg yg menginap 2H1M...
- 5 ptg : sukan pantai (bola tampar, bola jaring dll)
- 8 mlm : makan malam
- sesi karaoke

15 Mac 2010 :
- 8 pg : sarapan
- 9 pg : sesi bergambar
- 12 thari : makan tengahari
- check-out

Nota : semua aktiviti tertakluk kepada pindaan terakhir.

Makluman khas :
Pihak pengurusan resort memohon maaf kerana kolam renang yang besar dalam proses naiktaraf dan ubahsuai dan tidak dapat digunakan oleh pengunjung. Walaubagaimanapun, sebuah kolam lagi masih boleh digunakan (saiz ~ 20m X 20m) seperti gambar di bawah... Harap maaf.
Kolam yang ada untuk pengunjung pada 13-15 Mac 2010 nanti...


Kolam besar ini akan dibuat ubahsuai dan akan ditutup sementara

Perjumpaan berikutnya di Lembah Kelang pada 22 Januari 2010 (Jumaat) jam 8.00 malam bertempat di Jinfun Cafe (sebelah Sentral). Sila hubungi Amier (019-342 1080), Ucup (017-886 0108) atau Ruhaizi (012-233 3307) untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan, cadangan atau maklumbalas, sila komen di ruangan 'comments' di bawah ini untuk kebaikan bersama. Sokongan dari semua pihak adalah sangat-sangat dihargai.

11 comments:

  1. Salam,

    1. Reza, bilik tu tak boleh murah sikit lagi ke? Bagi ler stay 1 night free 1 night ... ahaksssss.

    2. Semasa reunion tu .... kolam besar tu dah siap repair ke? Kalau tak siap lagi ... diskaun lagi Reza.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Fudzil, kalau pergi sana 2 hari 1 malam mcm mana jadualnya .... kasi ler alternatif. Pada dasarnya memang 3hari 2malam ni antara pakej & aktiviti yang menarik tapi ... rasanya tak semua dapat kot utk join selama 3 hari.

    * Ini pendapat teman, sesiapa yg ada cadangan & komen sila nyatakan sekarang .... nanti tak nak ada yg berbunyi selepas reunion. Kecian kat kekawan yg berusaha utk menjayakan reunion ni.

    Mungkin kita boleh vote ... utk stay berapa lama.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Arah.. jadual 2H1M sama mcm jadual 13-14 Mac di atas.. cuma tmbah check-out jam 1ptg slepas makan thari.. hehe

    ReplyDelete
  4. Arah.. pilihan samada 3H2M atau 2H1M tu bergantung sapa2 yg nak shaja. Kalau ramai yg nak 3H2M, kita buat 3H2M tapi mereka yg nak 1malam sja pun xpa.. dia boleh balik 2nd day... yg 2mlm stay lg.. mcm tu jer.. ni Reza punya idea...

    ada cadangan lain...???

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Reza.. Takder alternative utk bilik yang murah sket bagi keluarga kecil macam aku ni?

    Pudzil.. Makan dewasa =65 seorang/malam, kalau 3H2M=130, betul? Cover b'fast, lunch & dinner ker?
    Kalau ikut congak aku utk family aku 2D2B & 3H2M, kos penginapan & makan = RM320(penginapan)+RM130(makan) = RM450. Betul?

    ReplyDelete
  6. Jepp...

    2D2B
    Bilik = RM160 x 2 mlm = RM320.00
    Dewasa = RM65 x 2 org x 2 mlm = RM260.00
    Jumlah = RM 580.00
    Makan tmasuk 2x b'fast, lunch & dinner...

    ReplyDelete
  7. Fami.. price tu masih tunggu feed back resort mana2 lg bleh adjust.. tp bnyak beza dgn yg ada tu.. klu xdpt 3H ambil pakej 2H1M....

    ReplyDelete
  8. Maaf... pembetulan ayat "tp TAK bnyak beza dgn yg ada tu.." ...

    ReplyDelete
  9. Pudzil..

    3H2M utk 2D2B = RM580, betul lah tu. Lupa plak nak X 2 malam utk makan tu.

    Pricing kalau resort dapat adjust sket kat bilik tu ker, mungkin bagi untuk kita pilih mengikut size.. cantek gak tu.

    ReplyDelete