Thursday, January 28, 2010

Harga Muktamad Reunion 2010


Berdasarkan kepada sebutharga terbaru yang diterima dari Sdr. Reza dari De Rhu Beach Resort, berikut adalah harga muktamad untuk program Reunion 2010 pd 13-15 Mac 2010 seperti berikut :-

1. Bilik penginapan = RM140/bilik/mlm
2. Makan dewasa = RM55/org/mlm (>12 thn)
3. Makan kanak2 = RM40/org/mlm (5-12 thn)

Makan untuk 1x breakfast, 1x lunch dan 1x dinner sehari.

Lain-lain :
1. Surcharge/karok dll = RM20/famili
2. T'shirt = RM15/helai

Walaubagaimana pun, beberapa program yang telah dirancang akan dipinda/dibatalkan seperti berikut :-

1. Makan malam BBQ ditukar kepada menu biasa
2. Acara telematch dibatalkan (atau organise sendiri)
3. Pertandingan mewarna dibatalkan

Lain-lain acara adalah sepertimana posting sebelum ini.

Dato'2, Datin2, Tuan2 dan Puan2 boleh mencongak semula kos perbelanjaan terkini dan sahkan kehadiran segera kepada urusetia untuk tempahan hotel dan perancangan awal. Sila war2kan kepada semua kengkawan yang lain untuk turut sama memeriahkan lagi perjumpaan kita pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment