Wednesday, December 9, 2009

Memupuk Cinta Sejati Suami Isteri

Email : mohd naim mohd zain

Cinta sejati tidak memusnahkan diri kekasih yang dicintai, malah ia menjaga supaya si dia tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Untuk itu, apabila cinta memilih untuk singgah di hati seseorang, lalu akan berasa betapa bahagianya diri untuk merasai nikmat cinta anugerah Ilahi.

Siapakah yang tidak pernah dicintai? Mungkin belum ditemukan dengan orang yang selayaknya untuk dicintai, namun perasaan itu memang wujud dalam kalangan semua insan. Hanya mereka yang pernah merasai dan melalui pengalaman cinta akan merasakan keindahannya.

Namun, bagi yang belum merasakannya, masa itu akan datang juga. Malah, hanya masa dan ketentuan yang bakal meletakkan rupa, perasaan dan khayalan sebelum menemui hakikat sebenar percintaan, seterusnya disatukan di alam yang penuh keindahan.

Bagi yang merasai keindahan cinta sehingga bertemu jodoh, bersatu diri dalam mahligai yang penuh keindahan. Pun begitu, tidak kurang juga yang diuji dengan pelbagai cubaan bagi meneguhkan kembali kekuatan cinta.

Perkara berikut mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi perasaan anda dan pasangan apabila dua jiwa menjadi satu. Bagi yang bergelar isteri atau ibu, hayatinya untuk menjadi isteri yang didambakan dalam keluarga Islam.

* Letakkan dalam jiwa peranan besar dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduk, kebijaksanaan dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah sebagai syurga yang diidamkan suami dan anak. Mereka berasa tenang setelah penat di luar rumah.


* Laksanakan tanggungjawab dan peranannya yang asasi dalam mendidik anak dan memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan anak.


Bahkan, mereka juga sangat berhajat kepada ibu terutama pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan diri.

Antara ibu dan bapa, hendaklah ada persefahaman dalam mendidik anak supaya kedua-duanya saling menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan.

Kasih sayang ibu terhadap anak jika tidak kena caranya, mungkin boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.

* Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti kewajipannya terhadap suami dan hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya.


Hendaklah dia menjaga perasaan, bersimpati atas kesusahannya dan menjaga rakannya. Selain itu, bekerjasama dengan suami terutama dalam mendidik anak dan menjaga silaturahim.

* Beri semangat kepada suami supaya dia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban.


* Isteri hendaklah pandai memilih kenalannya dalam kalangan wanita yang solehah. Dia juga harus berperanan mengajar dan mengingatkan adab Islam. Dirinya sendiri dijadikan contoh kepada yang lain.


* Alangkah baik jika isteri contoh bukan saja menjaga perkara halal dalam urusan rumah tangga seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah serta adat, malah, dia juga dapat menjaga daripada yang haram serta syubhat.


Rumahnya pula dijadikan contoh dari segi kebersihan dan kekemasan untuk membiasakan anak dengan keadaan demikian.

* Adab dan doa seharusnya dijadikan amalan seharian dalam perkara seperti makan, minum, tidur, memberi salam, meminta izin, melihat perempuan dan seumpamanya.


* Isteri (dan juga suami) hendaklah mengambil berat untuk menghidupkan hari kebesaran Islam serta ditanamkan rasa kasih terhadap hari berkenaan seperti Ramadan.

Friday, November 6, 2009

Dewasa RM160, Kanak2 RM50

Bagi menampung keseluruhan kos penginapan, makan minum, hadiah2 dan peralatan2, kos untuk Reunited 2010 yang dijadualkan pada 13-14 Mac 2010 di De Rhu Beach Resort, Balok seperti berikut :-

Dewasa : RM160 seorang
Kanak-kanak : RM50 seorang


Kepada yang berminat untuk mendapatkan T'shirt khas Reunited 2010, kos tambahan adalah sebanyak RM30 sehelai...

Adalah diharapkan kkawan semua dapat membuat perancangan dan simpanan awal untuk menjayakan perjumpaan ini. Sila majukan nama dan bilangan ahli keluarga yg ingin turut serta dan bilangan T'shirt (jika berminat) selewat-lewatnya bulan Feb 2010.

Diantara acara-acara yang akan diadakan :-
- pertandingan mewarna kanak-kanak
- sukaneka dewasa dan kanak-kanak
- aktiviti sukan pantai ; bola sepak dan bola tampar
- polo air
- pertandingan karaoke dll

Sila beri cadangan-cadangan lain bagi memeriahkan perjumpaan ini...

Tuesday, October 27, 2009

Pelayar ke 1,000

Laman blog ini menerima pelayar ke 1,000 pada 27/10/2009 sekitar jam 1 tengahari... Siapa tu?

Terima kasih kepada sokongan semua...

Tuesday, October 20, 2009

Reunited 2010

Atas permintaan ramai..(ramai ker...??).. insyaallah X-Tech8586 akan mengadakan reunited/revisited untuk tahun 2010 ke pantai timur bertempat di De Rhu Beach Resort, Cherating.

Tarikh dijangkakan pada 13-14 Mac 2010 Sabtu-Ahad 2H1M (cuti persekolahan penggal I). Anggaran kos awal RM200~250 seorang dewasa dan RM100 (kanak2 6-12 thn) Nota : Anggaran awal sahaja.

Harap Sdr Reza dapatkan sebutharga yang terbaik utk kawan2... Kira2 dah bagi promosi kat sini boleh dapat special diskaun kut...haha

Sesiapa yang ingin turut serta.. bagi nama dan bilangan peserta berserta umur anak2... melalui email xtech8586@gmail.com atau di ruangan Sembang-sembang di sini...

Moga kita dapat berjumpa di sana...

Tuesday, October 13, 2009

Pentingnya Persahabatan...

Telah diingatkan peri pentingnya nilai persahabatan di antara kita. Buktinya kartun di bawah... Walaupun sekadar humor.. fikir-fikirkan...

Sunday, October 11, 2009

Berita Boling

Akhirnya berjaya juga berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa. Walaupun tak ramai yang dapat hadir pada perjumpaan boling kali ini tapi perjumpaan ini cukup bermakna sebagai satu penyambung tali silaturrahim...

Terima kasih kepada semua yang telah hadir :-
1. Puteri Sharron (seawal 8.30pg telah sampai di Summit USJ)
2. Ruhaizi
3. Pudzil dan isteri
4. Sudin (datang jauh dari Tk Intan)
5. Adnan (awalnya tersilap tempat ke Sunway)
6. Shake
7. Ucop

Dua lane untuk anak-anak juga turut sama memeriahkan acara pagi itu...

Kepada Arah dan Putri, tlg up-load lain-lain gambar kat Admin. Tkasih.

Wednesday, October 7, 2009

Mesej Kengkawan Raya 2009

Kepada semua X-Tech8586 yang ingin menyampaikan ucapan raya, sila hantarkan kepada email : xtech8586@gmail.com, sebaik-baiknya dengan gambar. Berikut di antara ucapan-ucapan yang diterima ke email Admin...


Dari : Shuhaili (5B3)...

Salam kekawan SMTI 85/86.
Masih ingat x lagi wajah ini ( lelaki yg tengah peluk isterinya ). Kalu ingat alhamdulillah. Kalu x ingat x pe. Tapi inilah saya pada usia
tut..... Apapun saya & keluarga ucapkan;
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF, ZAHIR & BATIN ".



Dari : Azhar Azlan Yatim (5B2)...
Assalamualaikum dan selamat aghi ghaye.

Aku baghu jumpa blogspot ni. Terime kasih le pade admin yang bersusah payah buat blog ni.

Aku kalau boleh nak jugak joint aktiviti yang kome buat tapi untuk boling ni aku mintak maaf bebanyak le sebab aghi yang same ade kendughi kawin. Insyallah kalau ade ghejeki, aku joint aktiviti lepeh ni.

Ni gambor family aku mase ghaye pose taun lepeh. Gambor taun ni tunggu taun depan aku bagi.


Dari : Pudzil (5B1)...
Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan jauh dan dekat... Semoga tali silaturrahmi antara kita akan berpanjangan hingga ke akhir hayat hendaknyer... Dari kami sekeluarga
"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin"

- Pudzil Mohd Daud
- Salina Abd Wahab
- Aina Safiyyah
- Aisyah Syahidah
- Afiqah Syasha
- Muhammad Adam Safwan



Dari : Jeffrey Abd Jalil (5B3)...
Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin. Semoga ikatan silaturrahim kita berkekalan dan semakin erat hendaknya.

Ini gambar terbaru keluarga saya:

Jeffrey Ab. Jalil

Sabaria

Muhammad Harith Iman

Yang ini pula ahli terbaru dalam keluarga kami, lahir pada 06/10/2009 @ 11:21pm di Hospital Serdang.

Gambar diambil masa dalam labour room, sebelum susuan yang pertama.

Keluarga Ruhaizi (Arah) (5B2)...
Silau... mengerlip...

Keluarga Zah Murat (5B1)...
Dah 20 tahun tak jumpa Zah Murat.. tp masih nampak macam muda 20 tahun dari usianya..

Sunday, October 4, 2009

Terkini...! Peserta boling..








Sehingga ketika ini.. nama2 yg confirm join boling seperti berikut :-

1. Ruhaizi
2. Ucop
3. Pudzil (+ isteri)
4. Puteri
5. Shake
6. Khalim
7. Amier
8. Sudin
9. Fauzi Fudzin
10. Insp. Nazri Dubaq (50-50)
11. Adnan Shariff

dan yg lain2.. sila bg nama secepat mungkin. Sila call kengkawan anda yg berdekatan..

Agenda mungkin ada perubahan... main dua (2) game sahaja. Bayaran RM25 termasuk makan2 selepas boling...

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya

Sempena Hari Raya ini, Admin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua dan mohon maaf di atas segala salah dan silap selama ini... Terutama kepada penjenguk2 setia blog ini.. Arah, Jepp, Hai, Amier, Fidi, Farid, Reza, Mat Lambor, Hairozie, dll (maaf kalau tak disebut nama).. Jumpa lagi seminggu lepas Raya.. Admin nak cuti jugak...

Bagi kengkawan yang sempat beraya bersama kawan2 lama x-tech, sudi kiranya hantar gambor2 kepada Admin untuk kengkawan yang lain tumpang gumbira... xtech8586@gmail.com ... Bersama-samalah kita mengeratkan lagi sillaturrahim di antara kita sempena hari yang mulia ini...

Sebagai selingan, terimalah...

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan ; Bulan Kurnia Allah kepada Orang2 Beriman

Oleh : mohd naim mohd zain

Kita sedang berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan kurnia Allah SWT kepada orang-orang yang beriman. Apabila tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, Rasulullah s.a.w. menyampaikan ucapannya, yang bermaksud: Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang mulia, padanya satu malam yang kelebihannya lebih baik daripada 1,000 bulan, bulan yang pada awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.

Pada bulan ini, kita dijemput menjadi tetamu Allah Taala untuk menghadiri majlis hidangan-Nya. Disediakan untuk kita hidangan yang terdiri daripada makanan roh dan jasad, kerana Allah Taala menjadikan manusia dengan dua fitrah iaitu unsur roh dan unsur jasad, kedua-dua unsur ini memerlukan makanan. Makanan ini penuh dengan kelebihan, makanan roh ialah iman, ilmu, takwa dan segala sifat dan akhlak yang mulia manakala makanan jasad ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Allah SWT telah menentukan tugas manusia yang berbeza dengan tugas malaikat di alam roh dan berbeza dengan binatang yang hanya menjaga kepentingan jasad. Manusia mempunyai kedua-dua unsur iaitu unsur malaikat dan binatang. Sekiranya manusia menunaikan tuntutan roh dengan sebenarnya dan dalam masa yang sama berjaya menghadapi hawa nafsu kebinatangan, maka manusia akan menjadi makhluk yang lebih mulia daripada malaikat seperti para nabi dan orang-orang yang soleh. Di sana ada manusia yang lupa kepada makanan roh dan mengendalikan jasadnya seperti binatang, maka manusia itu menjadi lebih jahat daripada binatang.

Allah SWT melatih, mendidik dan memberi tarbiah kepada kita pada bulan Ramadan Al-Mubarak dengan hidangan menunaikan kewajipan berpuasa pada waktu siang hari, memberi sedekah, menjamu makanan kepada saudara-mara dan sahabat handai, jiran dan orang-orang yang memerlukan pertolongan, menghidupkan malam dengan sembahyang tarawih, bertahajud, tadarus al-Quran dan sebagainya. Semuanya ini dijanjikan kelebihannya lebih besar daripada bulan-bulan yang lain.

Ibadat puasa sahaja dijanjikan Allah SWT dengan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Seseorang manusia yang melakukan kebaikan akan diberikan dari tiap-tiap satu kebaikan itu 10 pahala.. Adapun puasa, Allah Taala berfirman, yang bermaksud: Sesungguhnya puasa itu untuk Aku, maka terserahlah kepada-Ku untuk menentukan pahalanya.

Betapa besarnya pahala kepada orang-orang yang berpuasa, betapa ruginya mereka yang tidak berpuasa. Sesiapa sahaja yang tidak berpuasa satu hari dengan tiada sebarang keuzuran yang membolehkannya berbuka, walaupun diwajibkan kepadanya menggantikan puasa itu pada hari yang lain, namun dia tidak akan dapat menggantikan pahala puasa yang ditinggalkan satu hari itu walaupun dia berpuasa sepanjang umurnya. Itulah kelebihan yang dijanjikan Allah Taala..

Jaga diri daripada perkara menghilang pahala puasa.

Marilah kita menunaikan ibadat yang diwajibkan Allah Taala itu dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang diwajibkan serta dengan adab-adab puasa yang menambahkan kelebihannya supaya kita menyedari bahawa puasa itu bukan sekadar menjaga diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa pada waktu siang hari iaitu tidak makan, minum, bersetubuh dengan isteri, tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka tetapi seseorang itu juga perlu menjaga dirinya daripada perkara yang menghilangkan pahala puasa walaupun tidak membatalkan puasa.

Seseorang itu perlu memelihara anggota dan pancainderanya daripada melakukan perkara-perkara dosa dengan memelihara lidah, mata dan telinga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasanya. Itulah pendidikan puasa yang merupakan makanan rohani yang dihidangkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadan.

Kita juga dijanjikan fadilat iaitu diberikan pahala pada makanan jasad. Kita makan dan minum pada bulan puasa bukan sahaja untuk kenyang tetapi diberikan pahala. Begitu juga kelebihan mereka yang bersahur. Allah SWT menjadikan kelebihan orang yang makan sahur sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat bersalawat kepada orang-orang yang bersahur.

Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ibadat puasa, bukan sahaja perkara-perkara kebaikan yang dilakukan diberi pahala, bahkan makan dan minum kita pada bulan puasa juga diberi pahala oleh Allah Taala. Itulah keistimewaan pada bulan Ramadan Al-Mubarak dan banyak lagi keistimewaan yang lain yang disediakan oleh Allah Taala supaya kita mencapai natijah puasa yang baik.

Kita menerima kerahmatan daripada Allah SWT pada awalnya, mendapat keampunan pada pertengahannya dan dimerdekakan daripada api neraka setelah kita meninggal dunia sekiranya kita menunaikan puasa dengan sebaik-baiknya. Itulah di antara hidangan yang disediakan oleh Allah Taala. Marilah kita menyahut jemputan Allah SWT di bulan yang penuh dengan kemuliaan itu.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah: 183).