Wednesday, July 29, 2009

Mengenang kembali kisah "Natrah"...


Jalan utama di bandar Cukai, Kemaman hari ini sesak dengan kenderaan, tetapi pernahkah mereka yang melalui jalan tersebut terfikir bahawa nama Bertha Hertogh atau Natrah pernah menimbulkan sensitiviti umat Islam dan meruntun perasaan rakyat Malaysia sehingga kini?

Beliau meninggal pada 9 Julai 2009 yang lalu akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama, Khamis.

Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah. Memetik latar peristiwa Natrah dari sumber berikut:

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Susur galur kisah Natrah :

Ibu kandung Natrah, Adeline dan ibu angkat, Che Aminah
Kehidupan bahagia di Kemaman
Bersama penduduk Tanah Melayu dan Singapura yang terus memberi sokongan
  • 19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950- Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950- Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950- peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
Saat mencemaskan di mahkamah
  • 28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
Perkahwinan Mansor-Natrah

Keluarga bahagia Natrah-Mansor Adabi
  • 2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Rakyat menunggu keputusan mahkamah
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
Kekecewaan Mak Minah setelah 'tewas' di mahkamah
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
Berlaku rusuhan kerana kecewa melibatkan 18 kematian dan lebih 170 cedera

Natrah dikembalikan kepada agama Katholik
Natrah disambut di Lapangan Terbang Sciphol, Belanda
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Peringkat awal, Natrah dikhabarkan tidak lupa solat 5 kali sehari
  • Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
  • 25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
Perkahwinan baru Mansor-Zaiton
  • 26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956- Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
Perkahwinan Natrah (Bertha)-Johan Wolkenfelt
  • 15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975- Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976- Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976- Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • 1983- Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984- Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984- Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • 9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Rujukan :


Wednesday, July 22, 2009

Panorama mendamaikan...

Oleh : tok_busu

Cantiknya tempat2 ni.....
Boleh hilang segala stress.....
Damai dan mengasyikkan.




























Monday, July 20, 2009

Johan Qari, Qariah Peringkat Kebangsaan

Qariah Perak menang lagi... moga anak-anak kita lahir sebagai pencinta al-Quran...

JOHAN Qari Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan (kiri) dari Sarawak, bersama Johan Qariah Sharifah Kasif Fadzillah Syed Baiduzzaman dari Perak, bersama hadiah yang dimenangi selepas majlis penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-52, yang disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Peringkat Kebangsaan ke-52, di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, semalam. --fotoBERNAMA

Monday, July 13, 2009

Poll semasa...

Poll semasa untuk undian Reunion Jubli Perak 25 tahun pada tahun 2011 :-

1. Taiping/Bukit Merah 25%
2. Lumut/Pangkor 20%
3. Ipoh 15%

Teruskan undian anda... Harap seorang untuk 1 undian sahaja... Terima kasih di atas sokongan semua.

Jika ada cadangan ke tempat lain..sila maklumkan kepada Admin...

Wednesday, July 8, 2009

Address dulu-dulu..

Untuk memenuhi hajat kkwan, di sini disiarkan alamat kkawan kita semua dari majalah Teraju '86 (di hujung bawah-kanan pun ada). Perlu diingat alamat-alamat tu lebih 20 tahun yang lalu, kebanyakannya adalah alamat kampung... memang ramai dah berhijrah dan tak duduk kampung dah.. Mungkin musin 'deghoyan' ni ada le yg balik kot...

Tapi sapa-sapa nak "cuba try test tengok" utk hubungkan silaturrahmi kepada yang lama terpisah, insyaallah niat ikhlas kita itu dimakbulkan Allah.. amin...

5B1
5B1/5B2
5B2/5B3
5B3/5M1
5M1/5M2
5M2
5M3
5P1
5P2

Monday, July 6, 2009

Keistimewaan Bulan Rejab

Sesungguhnya, Islam itu mudah dan Islam tidak pernah menyusahkan umatNya kecuali umat Islam sendiri yang alpa dengan karenah dan jerat di dunia ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah Taala menyeru kepadanya " telah wajib hakmu atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu daripada semua makhlukKu. Engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia di sisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau".

Sesungguhnya mengerjakan puasa di bulan Rejab ini tidak kira sehari, dua hari atau hingga ke sebulan terlalu banyak keistimewaannya. Berikut saya senaraikan beberapa keistimewaan mengikut hari yang kita puasa:

1) 27 Rejab : diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah,diberi pahala berpuasa seribu tahun.

2) 1 hari Rejab : diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga serta diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.

3) 2 hari Rejab : akan digandakan pahala ibadatnya.

4) 3 hari Rejab : akan dibina benteng yang akan menghalang ke neraka pada hari Kiamat.

5) 4 hari Rejab : akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat.

6) 5 hari Rejab : akan diamankan daripada azab kubur.

7) 6 hari Rejab : akan dikeluarkan dari kubur pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.

Begitulah serba sedikit keistimewaan bulan Rejab seandainya kita berpuasa, semoga dengan paparan tersebut membuatkan hati kita lebih dekat kepada Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud: Kamu adalah sebaik2 ummah diturunkan kepada manusia, kamu menyeru melakukan kebaikan, kamu melarang melakukan kejahatan, kamu beriman kepada Allah...

Saturday, June 27, 2009

Mandi

Kiriman : M.Fauzi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :-

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
: sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pesanan:-

Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara :-

1) anak yg soleh yg
mendoakan kedua ibu bapanya
2) sedekah amal jariah
3) ilmu yg bermanfaat

Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dengan amal mulia kita ini, InsyaAllah...
Salam...

Friday, June 26, 2009

Sila hantar gambar2 famili terkini

Admin masih menunggu gambar2 terkini famili kengkawan semua untuk dipaparkan di dalam blog ini. Jangan malu jangan segan... untuk kkawan semua yang mungkin dah lebih 20 tahun tak jumpa.. kkwan semua nak tengok wajah terbaru semua... Samada kkawan di seberang laut atau di dalam negara, admin mohon sudi kiranya hantar kepada blog ini untuk kenalan semua...

Sila hantar melalui email dengan segera kepada :

xtech8586@gmail.com

Admin akan mula masukkan gambar2 selepas menerima 4-5 gambar famili tuan2 dan puan2 sekalian. Harap mendapat sambutan semua. Barulah boleh btambah meriah blog ni...

Kalau dibenarkan, admin mohon copy gambar kkawan yang ada di dalam facebook atau friendster..jika diizinkan. Sila respon...

Salam...

Anak2 di Terengganu dah mula dapat laptop

Oleh : Pudzil, Paka, Terengganu.

Zaman dah berubah... kini sampai putaran cara belajar anak-anak kita... dulu-dulu sekolah rendah kita pakai buku teks yang dah nak hancor je... tapi kini (selepas lebih 30 tahun), anak-anak dah mula pakai laptop e-book di kelas dan di rumah...

Bertuah juga hijrah ke Terengganu ni... Pada 25 Jun 2009 (Khamis), bertempat di Dewan SMK Paka, majlis penyerahan laptop e-book telah diadakan untuk semua pelajar Tahun 5 di kawasan DUN Paka, Dungun. Penyerahan telah dilaksanakan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Said kepada setiap pelajar Tahun 5 dari 15 buah sekolah kebangsaan iaitu melibatkan seramai 1,444 orang murid.

Penyerahan e-book berikutnya akan dibuat secara berperingkat selepas ini kepada pelajar-pelajar Tahun 4, 3 dan seterusnya semua pelajar di Terengganu.

Anak saya, Aisyah Syahidah (Angah) juga telah turut sama bersalaman dengan YAB Menteri Besar untuk menerima e-book tersebut. E-book yang seberat 1.1kg dan berharga lebih RM1,000 seunit itu akan menggantikan buku teks dan akan dapat meringankan beban pelajar membimbit, mengalas atau mengheret beg ke sekolah.

E-book tersebut lengkap dengan sistem pembelajaran sepertimana buku teks mengikut silibus semasa, 30 juzu' al-Qur'an dengan terjemahan, pelajaran solat termasuk solat jenazah, adab berwuduk, doa-doa, dan sebagainya. Fungsi e-book juga adalah sepertimana laptop biasa iaitu lengkap dengan jaringan internet dengan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office word, excel, power point, dan sebagainya.

Adalah diharapkan dengan penggunaan e-book ini akan mempertingkatkan lagi kemajuan pendidikan anak-anak selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) masakini. Semoga sistem e-book ini akan diperkenalkan pula kepada negeri-negeri yang lain dalam waktu terdekat.

Namun begitu, beberapa persoalan dan pertimbangan ibu-bapa seperti penjagaan e-book tersebut yang terdedah dengan kecurian, kerosakan, virus komputer, jaringan internet yang tidak terkawal kepada anak-anak, bateri tak cukup kat kelas, cikgu-cikgu tak cukup terlatih, dan pelbagai masalah yang pasti akan timbul kemudian...

Salam...




Anak kecik yang terlebih excited...

Thursday, June 18, 2009

Giliran Anak-anak Kita ke Asrama

Emak dan bapak sudah tentu mempunyai pengalaman tersendiri semasa masuk dan duduk di asrama. Pejam celik... dah tiba masanya anak-anak kita pula menjejaki pengalaman yang sama ke asrama.

Sudah pasti ramai di antara anak-anak kita yang telah menjejakkan kaki ke sana. Tidak kira asrama sekolah mana.. emak-bapak telah membekalkan pelbagai kata nasihat supaya anak-anak tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Peringkat awal mungkin menjadi kejutan budaya kepada anak-anak, maklumlah sebelum ini di rumah, segala kelengkapan makan minum, pakaian, sekolah dan sebagainya dibereskan oleh ibubapa. Tambahan dengan hiburan tv, astro, internet, handset dan pelbagai kemewahan lain... Tapi sekarang semua anak-anak perlu berdikari dan tiada lagi hiburan2 di asrama...

Semoga semua anak kita berjaya. Setiap kejayaan perlu dimulakan dengan pengorbanan...


Gambar semasa anak-anak mendaftar ke asrama SM Sains Bagan Datoh pada 15 Jun 2009 di dalam Tingkatan 1. Di dalam gambar, 2 dari kanan : Anissah Farhani (anak Amiruddin Jamli), dan 2 dari kiri : Aina Safiyyah (anak Pudzil).

Jika ada anak-anak yang lain di asrama, bolehlah hantar gambar ke xtech8586@gmail.com untuk dipaparkan di sini. Kalau ada yang terlanggar bahu.. tapi tak kenal anak-anak kengkawan sendiri. Takut-takut juga anak-anak kita yg senior 'ter-ragging' anak-anak yang freshie...

Salam.