Saturday, June 27, 2009
Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :-
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk : sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Pesanan:-
Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara :-
1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya
2) sedekah amal jariah
3) ilmu yg bermanfaat
Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dengan amal mulia kita ini, InsyaAllah...
Salam...
Friday, June 26, 2009
Sila hantar gambar2 famili terkini
Sila hantar melalui email dengan segera kepada :
Admin akan mula masukkan gambar2 selepas menerima 4-5 gambar famili tuan2 dan puan2 sekalian. Harap mendapat sambutan semua. Barulah boleh btambah meriah blog ni...
Kalau dibenarkan, admin mohon copy gambar kkawan yang ada di dalam facebook atau friendster..jika diizinkan. Sila respon...
Salam...
Anak2 di Terengganu dah mula dapat laptop
Zaman dah berubah... kini sampai putaran cara belajar anak-anak kita... dulu-dulu sekolah rendah kita pakai buku teks yang dah nak hancor je... tapi kini (selepas lebih 30 tahun), anak-anak dah mula pakai laptop e-book di kelas dan di rumah...
Bertuah juga hijrah ke Terengganu ni... Pada 25 Jun 2009 (Khamis), bertempat di Dewan SMK Paka, majlis penyerahan laptop e-book telah diadakan untuk semua pelajar Tahun 5 di kawasan DUN Paka, Dungun. Penyerahan telah dilaksanakan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Said kepada setiap pelajar Tahun 5 dari 15 buah sekolah kebangsaan iaitu melibatkan seramai 1,444 orang murid.
Penyerahan e-book berikutnya akan dibuat secara berperingkat selepas ini kepada pelajar-pelajar Tahun 4, 3 dan seterusnya semua pelajar di Terengganu.
Anak saya, Aisyah Syahidah (Angah) juga telah turut sama bersalaman dengan YAB Menteri Besar untuk menerima e-book tersebut. E-book yang seberat 1.1kg dan berharga lebih RM1,000 seunit itu akan menggantikan buku teks dan akan dapat meringankan beban pelajar membimbit, mengalas atau mengheret beg ke sekolah.
E-book tersebut lengkap dengan sistem pembelajaran sepertimana buku teks mengikut silibus semasa, 30 juzu' al-Qur'an dengan terjemahan, pelajaran solat termasuk solat jenazah, adab berwuduk, doa-doa, dan sebagainya. Fungsi e-book juga adalah sepertimana laptop biasa iaitu lengkap dengan jaringan internet dengan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office word, excel, power point, dan sebagainya.
Adalah diharapkan dengan penggunaan e-book ini akan mempertingkatkan lagi kemajuan pendidikan anak-anak selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) masakini. Semoga sistem e-book ini akan diperkenalkan pula kepada negeri-negeri yang lain dalam waktu terdekat.
Namun begitu, beberapa persoalan dan pertimbangan ibu-bapa seperti penjagaan e-book tersebut yang terdedah dengan kecurian, kerosakan, virus komputer, jaringan internet yang tidak terkawal kepada anak-anak, bateri tak cukup kat kelas, cikgu-cikgu tak cukup terlatih, dan pelbagai masalah yang pasti akan timbul kemudian...
Salam...
Thursday, June 18, 2009
Giliran Anak-anak Kita ke Asrama
Sudah pasti ramai di antara anak-anak kita yang telah menjejakkan kaki ke sana. Tidak kira asrama sekolah mana.. emak-bapak telah membekalkan pelbagai kata nasihat supaya anak-anak tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Peringkat awal mungkin menjadi kejutan budaya kepada anak-anak, maklumlah sebelum ini di rumah, segala kelengkapan makan minum, pakaian, sekolah dan sebagainya dibereskan oleh ibubapa. Tambahan dengan hiburan tv, astro, internet, handset dan pelbagai kemewahan lain... Tapi sekarang semua anak-anak perlu berdikari dan tiada lagi hiburan2 di asrama...
Semoga semua anak kita berjaya. Setiap kejayaan perlu dimulakan dengan pengorbanan...
Salam.
Friday, May 29, 2009
Makan malam bersama 'bekas' MB Perak

31 Mei 2008, sudah genap setahun Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama 'bekas' MB Perak, YAB Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah diadakan di Dewan Besar, SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh.
Walaupun 'bekas', tetapi sudah terpahat di dalam sejarah bahawa warga SMTI juga mampu melahirkan nama-nama besar di dalam negara. Ir. Nizar adalah bekas pelajar SMTI tahun 1973/74. Begitu juga di dalam barisan Exco Perak yang baru, terdapat juga seorang bekas pelajar SMTI, YB Zainol Padzi Paharudin (ADUN Sg Manik).
Itu isu politik, biar mereka menyelesaikannya. Kita sebagai rakyat mengharap yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat Perak.
Kesempatan mereka yang hadir dapat bertemu dengan cikgu-cikgu yang turut hadir. Sudah pasti peluang tidak dilepaskan untuk beramah mesra dan memohon maaf di atas kesilapan2 yang lalu dari cikgu-cikgu. Mungkin masih kenal dengan wajah-wajah di bawah. Cuba teka siapa...?



Kalau ada yang dah tak kenal, dari atas Ust. Husny, Mr. Yip, Pn. Nor Azizan (masih cantik ayu) dan bawah sekali siapa tak kenal, Mr. Ho... Ucup dah sempat ler mohon maaf bagi pihak semua pelajar pada Ust. Husny. Apa Ust. Husny cakap Cup??? Dia maafkan ker...??? Terserlah Ucup sebagai seorang yang penuh berbudi bahasa pada masa itu. Ahaks... Bagi sapa2 yang ada dosa peribadi dengan beliau tu cepat2 cari sampai jumpa...Untuk tatapan member2 yang pergi hari tu dan lain2 juga... Amier, Ucup, Rosli kiut, Sudin, Pudzil, Man Titot, Yunus Harun, Pagot, Puteri Sharron, Pie dan si penarek beca Sdr Nik Parit, di sini sebahagian gambar2 yang disumbang oleh Rosli untuk kenangan...




Selepas habis majlis, deme ke satu restoran di Padang Polo chatting2 sampai pukul 3 pagi. Ada juga yang bermalam di Ipoh sebelum balik ke destinasi masing-masing.Jumpa lagi...
Wednesday, May 27, 2009
Apa dah jadi yob...?
Kejadian tersebut mungkin perbuatan khianat kerana api marak begitu cepat hingga tidak ada sebarang motor yang ditempatkan di tempat letak motor tersebut dapat diselamatkan. Pihak bomba sedang menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.
- Ehwal Perak
50 motosikal milik pelajar SM Teknik Ipoh musnah terbakar
IPOH: Sebanyak 50 buah motosikal milik pelajar Sekolah Menengah Teknik Ipoh musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Polis tidak menolak kemungkinan itu mempunyai unsur jenayah.Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika pelajar sedang memulakan pembelajaran.
"Kemungkinan ada unsur jenayah, bagaimanapun kejadian masih dalam siasatan," katanya. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, bahagian yang terbakar adalah garaj yang menempatkan motosikal para pelajar.
Punca kebakaran masih belum diketahui, katanya.
- Bernama
Tuesday, May 26, 2009
Alfatihah kepada yang telah pergi...
Kepada allahyarham sahabat2 kita yang telah pergi kerahmatullah... Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman dan beramal soleh... Amin...
1. Zahidi Osman (5B2).. sekitar tahun 1990an...
2. Mohd Harris Zahid (5B1).. sekitar tahun 2005...
Monday, May 25, 2009
Gambor Kelas
Gambor cikgu2 pun ada.. nun kat bawah sekali. Kut2 sapa nak mintak maap kat cikgu tapi dah lupa nama, tengok le balik.. ada masa lagi nak mintak maap. Kome tu banyak dosa dgn cikgu2 tu.. Tak tlambat ucap le Selamat Hari Guru...
Teman tau, kome tu semua dah tue... kalo tak nampak, klik gambor tu bagi jadi besor...
Tapi, perlu diingat gambor ni lebih 20 tahun dulu.. kalau jumpa kat mana-mana, terlanggor bahu kat pasor malam ke.. gambor2 ni confirm dah tak serupe sekarang.. lu pikir la sendiri...
Sapa2 nak bagi komen tu.. klik dan tulih kat ruang 'comments' bawah post ni.. tolong bagi nama sapa yg hantor ok! Klik 'select profile' ~ 'name/URL' ~ tulis nama cukup le, klu ada blog sendiri/URL boleh masuk kan jg... ~ lepaih tu klik 'Post comment'.. Tolong jgn tinggalkan nama "Anonymous"... susah nak cari tuannya...
Komen2 tu bagi la yg membina. Jgn le yg bukan2, kome tu dah bapak budak dah.. jgn lucah2 ke, jgn mcarut ke.. isu2 politik pun tak payah masuk sini le.. dah penin memikior nyer..
Salam...








Sunday, May 24, 2009
Salam Perkenalan
Sudi kiranya kepada semua yang mempunyai kenangan-kenangan lalu untuk menghulurkan foto-foto lama dan baru bagi dimuatkan di dalam blog ini. Pelbagai foto boleh dimuatkan di sini seperti kenangan tahun 85/86, foto-foto semasa reunion dan aktiviti-aktiviti X-Tech sehingga yang terkini dan sebagainya.
Diantara foto-foto aktiviti yang dicari :-
1. Reunion Hari Raya di Hotel Singgahsana, P. Jaya - 1998
2. Reunion di Palm Springs, Port Dickson - 2001
3. Reunion Teluk Rubiah, Lumut - 2003
4. Jalan2 cari kawan (JJCK) KL-Ipoh-Taiping-Sg Petani - 2005
5. Perjumpaan Hari Raya di Seri Melayu, KL - 2005
6. Reunion Cameron Highlands - 2006
7. Makan malam bersama MB Perak di SMTI - 2008
8. Perjumpaan2 berbuka puasa, dll
Sebarang artikel dan komen-komen membina juga amat diharapkan. Semua foto dan komen-komen boleh dihantar melalui email : xtech8586@gmail.com.
Kepada sesiapa yang mempunyai blog dan laman web sendiri juga boleh dimaklumkan di sini untuk tatapan kawan-kawan yang lain.
Gambar di atas gambar hiasan iaitu sebahagian aktiviti reunion tahun 2007 di Cameron Highland.
Terima kasih di atas perhatian semua.
Sejarah SMTI
SMTI telah wujud sejak tahun 1973. Pada asalnya sekolah ini sudah dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Ipoh (SMTI) sehingga tahun 1996, di mana pada tahun tersebut, Sekolah Menengah Vokasional Ipoh (SMVI) telah dinaik taraf kepada Sekolah Teknik, maka SMVI ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator (SMTLC) dan SMTI ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash.
Sekolah Menengah Teknik Ipoh telah siap dibina pada tahun 1972 di atas sebidang tanah seluas 25.35 ekar dengan belanja RM1.4 juta dan urusan pentadbirannya bermula 8hb Januari 1973. Pengajaran di sekolah ini bermula pada 17 April 1973 dengan 11 orang guru dan 198 orang murid yang datang dari seluruh Perak.
Serentak dengan itu juga kemudahan asrama juga disediakan untuk 160 orang murid dari luar Ipoh serta 3 buah makmal sains, 2 buah bengkel, sebuah perpustakaan, sebuah padang bola sepak dan sebuah padang hoki. Pada tahun 1980 satu blok bangunan dua tingkat dibina beserta dengan pembinaan dua buah rumah waden.
Pembukaan rasmi sekolah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada tahun 1975.
Pada tahun 1977 berlaku perubahan bahasa pengantar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Pada tahun 1980 semua kursus dijalankan dalam Bahasa Malaysia, menepati kehendak Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Pada masa sekarang terdapat 6 blok bilik darjah termasuk bilik guru, pusat sumber sekolah,bilik komputer, makmal sains, bilik pengetua, bilik penolong kanan dan pejabat. Selain itu ada dua blok bengkel kejuruteraan, surau, dewan besar, kantin dan 5 blok asrama lelaki dan perempuan yang boleh menampong seramai 500 orang penghuni.



