
Barisan hadapan dari kiri : Ederose, Solahuddin, Yunus, Zainal, Pudzil, Rostam, Yusuf, Shahfinaz, Zahuri dan Rafidi.
Barisan tengah dari kiri : Shake, Adnan, Najib, Pagot, Siti Hajar, Mazliza, Cikgu Arpah, Cikgu Faridah, Azlin Amija, Salwa, Shima Nokman, Rosli dan Kamal Azman.
Belakang dari kiri : Azuhri, Zaharuddin, Shamsuddin, Sabri, Pie, Azlan Shah, Zaminuddin, Amier Jamli, Kamarul Baharin, Azmi Ahamad, Yusri, Zairul Annuar dan Zah Murat.
Sekalung tahniah kepada komiti perjumpaan Jubli Perak vs Suku Abad pada 19/11/2011 yang lepas. Kesungguhan mereka, Ederose, Shahfinaz, Kamal Azman, Zaharuddin dan lain-lain akhirnya berjaya mengumpulkan hampir 40 bekas pelajar X-Tech 85/86 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.
Majlis 'hi-tea' tersebut bermula pada jam 3 petang turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas-bekas guru, Cikgu Arpah Ismail dan Cikgu Faridah Mustafa.
Sepanjang majlis, hampir semua yang hadir telah memberikan ucapan terima kasih, komen dan cadangan-cadangan untuk menggerakkan aktiviti kelab pada masa-masa akan datang.
Pada sebelah malam, sebahagian besar peserta telah sempat menziarahi sahabat Azman Ijok yang sedang sakit di rumah beliau di Ipoh. Acara malam telah diakhiri dengan ronda-ronda 'tempat bersejarah' dan kenangan semasa persekolahan di SM Teknik Ipoh dahulu.
Terima kasih kepada semua.